Tuesday, October 19, 2010

Mengapa Anda Kena Mengamalkan Mandi Garam?

The application is very simple:
If you choose to soak your body in the bath tub, kindly scoop out 100gm of the bath salts to 200 litres of warm water. Then, soak your body in it for 15 - 20 minutes. If you use it during shower, take a scoopfull (scoop is in the pack) of the bath salts and apply it to your wet body. Leave it for 5-10 minutes before you rinse off. You can either shower your body first with your fav shower cream or simply wet your body with water before you apply the bath salts. No need to re-apply the shower cream after you use the bath salts. Use it 2 - 3 times a week. Salts can actually cleanse your body from negative aura/element and bring you a positive aura. It's scientifically proven.


Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus.

Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur negatif seperti sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki. Mengapa GARAM? Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini.
Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram.

Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badanya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.

Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal. Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli

No comments: